Kelas Membuat Kad Jemputan Hari Jadi (Canva)

1 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Februari lepas, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas membuat jemputan hari jadi menggunakan Canva. Seramai 4 peserta telah menyertai kelas tersebut dan berjaya menghasilkan kad jemputan hari jadi mengikut kreativiti masing – masing. Peserta akan diajar cara menggunakan canva dan pemilihan tema yang bersesuaian untuk membuat kad jemputan tersebut.

Selain itu, peserta juga diajar mengenai cara mengedit dan mengemas kad jemputan supaya menjadi lebih menarik dan mudah untuk dibaca.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali